zuraidah's FotoPage

By: zuraidah mohdyatim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  >  >>]    [Archive]
Monday, 22-Sep-2008 04:39 Email | Share | | Bookmark
RINDU KITA KERRR?..Kita pun rindu tapi busy ler..nak raya.

rindu kiter yerrr..hehh..hehhh..
busy ler..nak bawak keta ni pi service..nanti nak alik ampung..
haa..haa..sapa tanya gigi ada tak..nah gigi raya tau
View all 6 photos...
HELLO ..makacih rindu kite yerr..kita rindu semua orang jugak..tapi mama kita busy gilerr la pulak..last week since wednesday dia cuti..tapi dari pagi sampai pukul 3 petang mesti dia hilang..kita nak ikut dia tak bagi ..mana la mama kita pergi

Ha..haaa..haa..mama memang busy since last week cuti pun banyak kerja tak selesai..banyak aktiviti mama dalam pada tu mama snap2 pictures jugak..semalam nak la download kat pc office ni haa..tau jer la kat rumah..nak menghampiri pc or laptop pun tak leh..tapi pc office ni sabotaj mama..sejak semalam masuk 2 gambar tu je la..hari ni masuk lagi 2 ..tak la lengkap citer dan illustration mama ni ha..tapi buat jer la citer dulu yekk

last week cuti since wednesday plus the weekend ada 5 hari cuti..mama kejar sana sini carik baju la,carik kasut you all la..tu pun tak habis lagi ni..baju melayu papa tak beli..baju kurung mama sama warna dgn you all pun tak der lagi ni tapi terkejar-kejar tu sempat jugak mama jadi princess lagi,he...hee..hari rabu mama pi Beaubell buat facial and dapat free back massage..sedapppnyer..massage dengan hot stones..sampai tertidur mama..dah tu pi buat hair treatment lak..hmmm seronok jadi princess. Malam khamis tu bila kita semua dah masuk bilik pukul 10 malam ada bunyi..ting tong.ting tong..doorbell kita..papa jengok la kat tingkap bilik nampak 1 big lorry nak unload barang..papa tanya mama ada beli apa2 ke?ohhhh mama terus excited..mama tau tu la miss carmina and old country rose from Doulton dah sampai..lama betul belayar dari UK..mama sebenarnya beli dinner and tea sets from Royal Doulton masa sale kat UK..auntie ita yang tolong shipkan..makasih yer ita..semua ok..tak der yang pecah..i suka la miss carmina tu..especially the pitcher and the salad/pasta bowl Tia and Mia pulak suka apa..suka kat Mr big orange octopus yang jadi guard sets mama tu semua..mama cakap mr octopus ni dulu duduk dengan kakak elin & erin..now datang rumah kita nak duduk dengan Tia and Mia..suka dia orang peluk2 octopus tu..so Elin & erin Tia and Mia dah jadikan octopus tu pet angkat dah tiap2 malam dia gigit ;-)thank you so much.. nanti kalau pc dah ok mama letak more gambar kat sini.

Weekend pulak kita orang pi bersantai kat club monterez..banyak la gambar Tia and Mia yang cheeky dan funny..sekarang dua2 degil cakap mama maklumlah dah ada kaki..bukan setakat jalan lagi tapi terbang sana sini..suka betul tengok. 2 orang terkedek sana terkedek sini..siap bawak bakul lagi kutip barang..tak lama lagi boleh la mama jerit "TiaMia angkat jemuran..hari mauu hujannnnn.."kihh..kihhh..kihh ..anak mama..so cute tau .lately you all suka cakap..banyak betul cakap.."papa,mama,kabah(kaa'bah-tengok kat sejadah),bye,bye..pish.." yang lain tu baby talks"waa..kwengg..nanna..tuek.tuek..kece..bele..nknok"..apa tah..dan boleh communicate dah ..nak susu angkat tangan..nak apa2 atas meja tunjuk..Mia pulak suka joget dan buat head banging..dengar music kepala terus bergoyang..kelakar betul..dan the latest dah pandai main masak2. Mama letak conrflakes and raisin dalam bowl,bagi sudu dan bentang tikar kat dapur..duduk la cik Mia mengacau dengan begitu tekun sekali..a very good development because dia orang jadi ralit main ni..so sekarang bila nak buka posa mama bagi satu bowl sorang cornflakes maka duduklah 2 cik kak ni main sampai mama habis makan.

Mama pulak busy tak habis lagi ni..macam2 nak buat before raya..weekend ni Sunday nak balik kampung N9 dah..hari sabtu uwan dan auntie heni akan balik dulu dengan pakcik..nak kemas2 rumah sikit,pakcik dah pun arrange orang potong rumput,bersih laman dan hantar laundry semua curtains dan bedsheets..pakcik dah arrange jugak upah orang buat lemang nanti..Mama masak rendang jer la nanti.Mesti best kan kita balik kampung mama nak pasang pelita keliling rumah lah..nak beli bunga api..you all mesti seronok lari kat laman uwan yang luas..tengok ayam..cuma this raya kak ikin raya kat pahang dulu tapi kak intan and the rest ada la..kak ikin pun first raya dah sampai kampung uwan semula ok la..kita boleh suruh dia masak2 pulak Cuma raya ni kita kena balik cepat sikit..4 raya calss Sichida Tia n Mia satart dah..mama tak perasan pun.

Hmmmm ramai pulak peminat cerita Tuan Puteri Pucuk kelumpang ni yee..tak la sempat mama nak citer ni haa.. panjang citer dia..but to satisfy semua orang punya curiosity Tuan Puteri ni selalu jadi perbandingan untuk anak dara yang lambat bangun sebab pucuk kelumpang ni tinggi sangat pucuk dia melewati awan..,macam cerita jack and the beanstalks tu..so Tuan Puteri ni tak turun2 la kebumi..jadi bila anak dara tak bangun2 hari dah tinggi mak pun cakap la "wooiii..kau nak jadi tuan puteri pucuk kelumpang ke..tak jejak kaki ke bumi..?"..haaaa..macam tu lerr..tuan puteri ni pulak sangat la jelitanya..ok semua orang tutup mata dan bayangkan..kulit putih melepak bagai telur dikupas,rambut ikal mayang,mata bagai bintang timur,bibir delima merkah,hidung bagai mayang seludang,jari bagai anak serai, betis bunting padi,tumit kalau dipijak merah bagai mahu keluar darah..baju yang dipakai pulak dari sutera tujuh lapis ,tujuh warna dan tujuh bau..bila angin bertiup..maka mengerbanglah satu lapis dengan satu bau yang wangi..pemuda bumi kalau melihat mesti la gila bayang tujuh bulan tujuh lautan..tak makan tak minum...hhaaaa....haaa.....memang fairy tales abis la citer ni..kalau buat movie atas mama tulis buku lagi best .sebab boleh buat puteri yang cantik2 sangat..baju yang cantik..tapi kena buat animation kalau real punya susah pulak nak carik tuan puteri secantik ni kat malaysia..CT dah gomok..artis yang lain banyak yang rendang..heee.hee..panjang citer dia lagi..tuan puteri ni tujuh beradik,ada masa turun kebumi..dia buat apa?dia akhirnya kahwin dengan siapa? dengan putera atau tukang potong kayu ke?........haaa..haaaa...tunggu bila da masa kita citer lagi tau.

Mama rasa ni ler last entry before raya..cuma kalau hari ni tak dapat upload semua gambar mama akan keep uploading sikit2 everyday..dan kalau ada masa mama nak snap jugak gambar kat lobby office ni..every raya memang meriah betul kat office mama..ada scene buat lemang la..kampung siap dengan pelita la..jambangan bunga yang besar2..ye la dia orang shoot untuk program raya..nanti mama post kat sini.

Kalau tak der entry lagi Mama,Tia and Mia mengucapkan SELAMAT HARI RAY PADA SEMUA..Maaf Zahir Batin sekiranya ada kata-kata yang mengguris perasaan. Salam sayang dan persahabatan untuk semua yang dekat di bumi Malaysia atau yang jauh di bumi mana pun..kita dibawah langit yang satu..kasih di tebar mesti dapat dirasa,persahabatan dihulur mesti dapat di sambut. Mama doakan kita semua selamat menjalani ibadah puasa hingga hari terakhir agar semua warga FP dapat menyambut raya dalam sausana gembira disamping orang2 yang disayang..bahagialah kita setiap masa jangan tunggu lama atau tunggu sesuatu lengkap untuk bahagia..masa berlalu begitu cepat,dakap bahagia sentiasa,ucap cinta tanpa menunggu dan bersihkan hati untuk menjadi tenang dan aman.MUarrrghhhhhh untuk semua ladies dan shake2 hand untuk semua gentlemen.



Thursday, 11-Sep-2008 07:05 Email | Share | | Bookmark
TUAN PUTERI PUCUK KELUMPANG

"heyy mia apasal rambut kenteng sangat ni?"
" ciss tia watch out yr mouth"
"since we both sama lets do havoc together"
View all 6 photos...
Anak2 mama sekarang semua super active and cheeky- tak der istilah lemah lembut lagi dalam diri dua2 orang ni haaa.. terjun kerusi,panjat tangga,panjat grill tingkap,terjun katil..semua dia orang buat dah tu kalau terhantuk kepala kat kerusi dia orang pukul kerusi tu,terhantuk kat lantai siap pukul lantai..kalau marah pulak nak hantuk kepala kat dinding..tak tau la mama perangai sapa dia orang ikut langsung tak macam Tuan Puteri Pucuk Kelumpang.

Siapa Tuan Puteri ni?..Haa..Haaa.. masa mama kecik uwan selalu buat cerita kat mama,mama membesar dengan cerita rakyat dan cerita agama dengan seimbang. Kalau mama duduk kat dapur kacau uwan buat kerja uwan pun mula lah buat cerita-cerita agama nak kasi contoh dan teladan kat mama. Uwan cerita pasal Si Bongsu yang sentiasa cakap Bismillah sebelum buat apa perkara pun.Mak tiri si bongsu ni pun naik meluat la kat bongsu ni,buat semua benda semua nak baca Bismillah, satu hari mak tiri dia ambik cincin kesayangan si bongsu peningglan mak dia,mak tiri ni pun buang ke laut dan cakap "padan muka aku nak tengok asyik baca Bismillah dapat ke balik cincin yg dah jatuh kelaut dalam tu"- si bongsu tak tau pun, bila tengah hari orang datang jual ikan dia pun beli,masa nak bersih dan belah perut ikan tu si bongsu pun baca Bismillah-bila terbelah jer terus la bersinar cincin dia kat dalam tu" kata uwan dengan berkat Bismillah bila cincin tu kena buang kelaut ikan tu pun sambar dan telan- itulah fadhilat Bismillah.Betul pernah terjadi atau tidak belakang cerita apa yang penting ajaran yang nak disampaikan. Cerita tu terus terbenam dalam benak mama hingga hari ini. Bila uwan kukur kelapa mama pun duduk belakang kukur tu peluk pinggang uwan macam naik kuda-seronok- uwan pun cerita pasal Malam Israk Mikraj apa yang Rasul nampak masa naik ke langit-akibat orang mencuri,orang berbohong,orang makan rasuah,orang berzina etc..rasa takut sangat mama dan terus ingat hingga hari ni.

Bila duduk2 kat depan rumah masa uwan menjahit ke,kait rambutan ke, relax atas pangkin ke..uwan pun buat la cerita hiburan dongeng kat mama-cerita Tuan Puteri Pucuk Kelumpang lah,cerita Si Dol la,Cerita orang bencikan Ipar,cerita Hantu paku- banyak sangat cerita uwan hingga maklang pernah nak terbitkan cerita Hantu Paku tu.

Macam tu la uwan mendidik mama tak pernah guna rotan, cerita dan nasihatnya begitu mendalam.Begitu juga Arwah abah mama Atuk Mohd Yatim- garang dan tegas orangnya-di segani dan di takuti orang,pernah jadi imam kampung.Arwah Atuk garang pun tak pernah rotan mama kerana sembahyang,mengaji atau baca buku- cuma contoh yang di beri- arwah tak pernah tinggal sembahyang,masuk jer waktu mama masih terbayang dia terus ke bilik air- subuh dia bangun begitu awal-buat exercise dulu terus sembahyang atau mengaji- arwah jugak tak pernah suka mengata atau mengumpat orang,tak pernah join orang duduk berkumpul tak tentu hala-kuat prinsipnya-teguh pendiriannya-kerna itu mama jadi segan dan taat pada dia-tak pernah mama buat apa yang di larangnya-walaupun mama nakal jugak-tapi nakal budak2 lah.

Uwan pulak selalu pesan pada mama iman itu ibarat mentol lampu- kalau digilap tiap hari akan bersinarlah dia tapi jika ditinggalkan tak digilap beberapa hari ia jadi kekuningan dan satu hari nanti terus malap- uwan tanya mama macam menggilap iman bukan macam mentol-digilap dengan kain,iman mesti digilap dengan amalan.

Bila dah boleh membaca pulak mama berkawan dengan ratusan buku-masa mama kecik mama sorang2 kat rumah, sebab beza umur dengan kakak(maklang) dan abang2 (arwah paklong,pakcik dan paktih) besar, dia orang by the time mama masuk sekolah semua dah tinggalkan rumah.Tinggallah mama tak berkawan. Pakcik masa tu kerja dekat Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Penterjemah-pakcik boleh cakap 3 bahasa termasuk mandarin,tiap 2 kali sebulan pakcik balik kampung bawak mama 10 - 20 buah buku kadang2 sampai sekotak penuh-buku2 yang printing kena reject la,old book la,tak habis jual etc..so duduk la mama siang malam baca macam2 buku.Mama sayang siri Charles Dickens, koleksi Dewan pelajar (yang lepas tu ikin inherit)Selain buku2 yang pakcik bawak mama sangat sayang dan suka collection Enids Blyton maklang,habis semua mama baca, mama suka siri Nancy Drew,suka siri seri Cempaka.Salah satu buku favourite mama adalah " A Book of Naughty Children" by Enids Blyton- mama baca tiap2 hari and bawak tidur- koleksi kisah budak2 nakal- "Greedy Mary"- mary pergi party pixies dalam pokok,masa pergi muat masuk sampai party makan terlalu banyak nak keluar pokok tak boleh,"Dirty James"-kisah James yang tak nak cuci belakang telinga dia so pokok potato pun tumbuh.macam2 cerita menarik yang mama baca,sebab tu hingga hari ni mama suka bercerita,suka menulis cerita.Masa semua anak sedara mama kecik2-kak ikin,kak intan ayan,boboy, kak ngah paktih ..bila berkumpul di kampung petang2 dah mandi kita orang duduk atas katil uwan ramai2,pakai selimut dan mama pun bercerita.Indah masa2 tu.

Minat mama membaca terus mendalam bila dapat Cikgu Bahasa Inggeris dari Scotland masa Form 1 hinnga Form 3, Miss Moira Vaughan namanya-mama sayang dia,budak2 lelaki jahat selalu ketawakan dia tak pakai bra atau cuba intai skirt dia-tension omputih tu..masa rehat dia cerita pasal Halloween kat mama, cerita pasal Scotland etc-dia encouraged mama masuk story telling competition. Masa dia nak balik Scotland mama sedih sangat-mama sibuk nak bagi hadiah kat dia tapi masa tu budak2 tak der duit-mama pun ambik buku yang paling mama sayang "A Book of Naughty Children" mama bungkus, tambah pulak dengan cawan air yang arwah atuk beli dari Mekah dan dalam diam2 mama ambik gelang pewter maklang punya hadiah dari kawan dia (maaf maklang),mama bungkus semua dan bagi kat Miss Moira-dulu kita orang janji nak keep in touch-tak tau la dia hidup ke tak lagi sekarang ni.

Begitu besar pengaruh ibu bapa dan alam sekeliling dalam kehidupan anak2, mama harap mama dan papa dapat memberi yang terbaik untuk Tia dan Mia-mama akan cuba terus belajar ilmu akhirat dan dunia, memperbaiki kelemahan.

Nak dengar cerita Tuan Puteri Pucuk Kelumpang? Tunggulah dulu..mama akan cerita masa kita uli2 tepung didapur, masa kita duduk di laman minum kopi,masa kita melukis di pantai, masa kita duduk buat plait untuk rambut masing2,masa kita duduk melunjur kaki didalam selimut masa hujan turun- mama berdoa pada ALLAH biarlah kita dipenjangkan umur,diberi kesihatan untuk dapat menikmati semua itu. Amin.

SELMAT BERPUASA BAGI MINGGU KEDUA UNTUK SEMUA.



Monday, 8-Sep-2008 02:40 Email | Share | | Bookmark
YEY WE GOT BAJU OUR FIRST BAJU KURUNG & TWINHEAD LAPTOP

Bazaar Ramadhan at the Curve
bazaar selling kids items
nice fish lanterns deco
View all 16 photos...
Tia and Mia had a hectic schedule on Sunday- why? because they wanted to follow mama and papa every where.. hmmm..they are smart now, they know the different between weekdays and weekend. . They can do many other things too- Tia will laugh loudly at you if you sneeze, said "adoii" and anything else that she thinks funny..the laugh is long and loud "hehhhh..heehhhh..heehhhh"..so cute, Mia pulak has shown that she is going to be a very strong lady, she can walk while carrying her new toy laptop or big plastic container which is used to store in her toys. Macam2 la these two little girls.

So what did we do on Sunday? Morning mama&papa took both girls to Mc D and bought them their favourite Mc Egg...the problem was they tak sabar nak masuk playland to play but the best part tak der orang at MC D .. ye la posa..so they had the playland all by themselves. After the Mc D's trip they followed mama and papa to a shop along jalan Sungai Buluh, mama wanted to look at stone sample to use for our new house and also to buy few ikans for their aquarium..after that we took both back and mamapapa thought of leaving them at home so that we can go out to Curve to buy few things but they melekat at papa&mama macam glue.. so tak la sampai hati nak tinggalkan dia orang. So mama quickly cook the porridge for their lunch and packed the two inside the wheel..tu yang jadi baju orange kasut pink tu baju dari pagi tak tanggal2..

At the Curve we checked the Curve "Soux Ramadhan Bazaar"..tak banyak lagi..don't really feel the atmosphere yet.. after rounding here and there
we stopped at "Little Haven" a children boutique ,they have baju kurung for girls as little as 11 months- banyak choice sampai mama pun rasa syok sangat pilih.. in the end mama settled for "ice blue" kurung pesak pahang for the girls and two pairs of blue and red "small roses cotton" normal baju kurung- so you two got two pairs of baju kurung but we can't show here yet..nanti tak thrill ler he..heee..hee Now mama & papa got to go and find :"ice blue" baju melayu and kurung too so that we can be "sedondon"..so seronok.

After we bought the baju kurung we stopped for Tia&Mia's lunch..mama fed both of you porridge before we pergi carik baju raya for uwan and auntie heni. Mama bought uwan 2 pairs of baju kurung- brown and white, while auntie heni got a green baju kurung with two blouses.

Then papa told mama dia nak BELI LAP TOP for both of you ..WOW dasatnyer papa..mama pun kena beli laptopn sendiri but for his two little girls he 's willing to buy anything. So we went to buy you laptop..where? its not Low yat Plaza, not IT Planet but Tesco..heee...heeee.. yeah..we bought you laptop mainan..if the original brand called TwinHead but for yo both "laptop for TwinHeads".. the laptop is quite cool..they have many feature-they have mouse, complete keyboard,game installed inside and few other things- bila balik you all excited for the fisrt one hour only and papa ended up playing with it and mama can listened from the kitchen the thing keep saying to papa" that is not correct ,please try again" ..hmmm..papa pun pun tak dapat jawab dengan betul

So masak pulak..since penat mama masak two dishes jerr..dalca daging for papa and gulai masak lemak cili padi for uwan..petang beli kueh2 from pasar ramadhan jerr..

Time flies so fast, hari ni dah seminggu kita berpuasa..kejap jer nanti dah 2 minggu...we doa selain aral we dapat habiskan puasa dengan sempurna supaya kedatangan raya dapat disambut dengan lebih bermakna. Mama dapat award dari auntie ita..tahnk thank you..mama letak kat sini tapi ita i tak tau nak add url you kat tepi tu..nanti mintak ikin ajar dulu.

PADA SEMUA SELAMAT MENYAMBUT CABARAN PUASA UNTUK MINGGU KEDUA.

Pada para isteri dan wanita selamat menyediakan juadah ramdahan untuk keluarga tersayang dan untuk para suami dan lelaki selamat berbuka dengan apa yang kena hidang..hehhh..heehh..


Friday, 5-Sep-2008 03:00 Email | Share | | Bookmark
HALFDAY PRINCESS & REST OF THE DAY MRS DOUBTFIRE

women are special creatures..soft yet strong
rejuvenate your body
massage is good for your body n soul
View all 18 photos...
Mama was on emergancey leave yesterday,wednesday nite tu mama bangun pukul 3 pagi and rasa belakang sebelah kanan so sakit..jalan pun jadi senget..sakit tu dah start sejak share katil dgn Tia masa dia orang kena warded. So yesterday mama pun fikir nak pi urut..mama tak la ada tukang urut lain selain Sis Yatie (anak Seniwati Sarimah) yang urut mama lepas operation dulu.Sis Yatie ni is a very good tukang urut ada both traditional and modern touch-traditional because she inherited it from her gandmother and modern because she is a qualified sport injury masseuse. But one thing you have to bear with her- the moment she sinks her fingers into your flesh your tears will stream down your cheeks non stop- sooooo the sakit. masa dalam pantang dulu bila dia datang urut mama for sure mama kena ambik painkiller lepas tu kalau tidak mesti tak boleh tidur malam, just bayangkan masa tu mama punya urat belikat terbenam kat belakang, body frame mama tak la besar and with Tia and Mia inside belakang pun strain-dah tu duduk hopsital lama pulak,tidor katil hospital memang problem buat mama - masa dia betulkan urat belikat tu keluar mama rasa macam nak tendang..heehh..heehh...tapi lepas tu ok la. .Charge untuk urut dgn Sis yatie ni RM150 per hour- so kalau buat 3 days kena la RM 450.

So yesterday bila nak call SiS Yatie mama tebayang la kesakitan dulu.. mama pun rasa lama sangat mama tak pamper diri mama,nak pergi hair saloon pun kadang2 tak der masa..so yesterday mama decides to have a break dengan "urut manja & best" instead of sakit. Mama pun pergi la Spa biasa kat "BeuBelle"..ada Ramadhan package - 1/2 hour food spa&massage, 1 hour body scrub and 1 1/2 Aroma Therapy massage- heaven betul bila 3 1/2 jam orang ulit2 badan kita- tu yang jadi half day princess tu lepas diulit diurut,di hayun music ,jacuzzi bath mama teruskan menjadi princess dengan masuk mama punya favourite hair salon- wash and blow another 1 hour "heaven". Melangkah jer keluar saloon terus jadi Mrs Doubtfire - Tia&Mia tak tau citer ni mama suka sangat movie ni..dah berpuluh kali tengok pun mama masih boleh ketawa macam nak pecah perut- so citernya lepas buat rambut tu mama back to normal la terkejar buat semua keperluan rumah..nak masuk Cold Storage singgah pulak dulu Brands Outlet- tengok banyak sale,Gap,Next- beli la pulak tops and bottoms yang boleh jadi everyday pyjama and day wears you all.

Mama tak la berapa suka Cold Storage Ikano ni..fish&meat section dia tak fresh-sebab orang dah ada option Tesco next door- so they all suka pergi to Tesco.Mama pulak prefer pergi pasar segar kat rumah-bestttt sangat2 pasar segar ni..start kat subang jaya dulu..an airconditioned small pasar at the shop houses- barang dia semua a bit pricey tapi memang guarantee fresh dia..mata ikan semua masih jernih dan badan masih keras, udang pulak masih kehijauan,sotong masih solid dan bukan lembik..kalau bawang and cili pulak semua dia orang dah pilih buang kulit2 yang tak elok.Dah tu dia ada jual barang yang big supermarket jual- dan owner dia dah test dan jaul brand yang bagus saja macam Olive Oil,pasta,starwberry,avocado,imported cherris, imported dates etc.Tapi kalau masuk mesti ended up spending more than you should, dah semua tengok cantik..dah tu dia jugak buat service macam supermarket..kalau mama beli ikan tengggiri besar utk Tia&Mia punya porridge mama boleh suruh dia tolong "fillet" kan, ayam pun boleh tolong buang tulang.Tapi sebab dah kesuntukan masa yesterday keluar Brands Outlet tu dah pukul 4.00 petang mama pun tak la nak be very choosy so masuk jer la Cold Storage beli "Enfapro" Tia&Mia, beli Tiger Prawn,Siakap, kerang,veges and all kinds of pretzel untuk you all.Mama singgah jugak kat Cold Storage tu punya bakery sebab you all suka sangat bread tapi Bakery dia bukan macam bangsar punya- the bread not so nice.Tia&Mia suka sangat makan roti "Ciabata" from Delifrance- memang sedap Delifrance punya,crusty kat luar dan soft kat dalam. selalunya mama akan potong, sapu butter dan letak dalam oven-kuning sikit bagi you all- yo love it very much..Papa pulak suka makan dengan Clam Chowder soup or with dice tomato,crush basil and italian vinegar. So semalam mama beli la jugak Ciabata kat Bakery tu tak la sedap macam Delifrance,mama bought spiral pasta for you all too..since both suka makan macaroni..so pagi ni mama bagi you all makan Quaker Oats dan jugak Spiral pasta- mama nampak you both suka.Mama test jugak bagi Pretzel rasa tomato- tengok suka jugak so next time mama boleh letak tomato sikit dalam spagehtti or pasta.

Jadi balik jer dari Cold Storage tu jadi "Mrs Doubtfire" sepenuh masa la mama- tarik jer handbrake you all terus terkam mama- dah duduk kejap layan you all makan pretzel while waiting for auntie heni to clean the fish and pound the cili etc..kita duduk main2 kejap..jam pun dah pukul 6.00- mama macam kilat terus masuk dapur, masak gulai udang harimau dengan tomato, goreng kacang buncis dgn chinese cabbage,mushroom and fungus, rebus kerang, buat sambal kicap, bakar siakap dengan ginger,black pepper and parsley..tengok2 jam dah pukul 6.45..nak tukar baju kat atas pun tak sempat..buat kerja dengan jeans..asar pun kat bawah..dah la burnt zohor..baju pulak mama pakai baju kelawar lama ada kat dalam store bawah jer. Suntuk masa pun nak la kena buat satu kueh yang ada kuah..uwan kan orang tua dia nak la makan benda manis yang berkuah masa puasa ni,walaupun uwan tak pernah minatk tapi mama tahu la selera dia apa..so semalam rushing tu mama buat la "puteri mandi"..senang jer buat dia..masak santan dengan gula melaka dan daun pandan, dah tu bancuh tepung pulut dengan air macam nak buat buah melaka tapi gentel la kecik2 dan bulat- kecik lagi dari guli..atur atas dulang lepas tu tekan sikit kat ats biar leper sikit..bila kuah dia dah mendidik boleh la masuk kan,boleh tambah pisang tepung mata ikan..atau kalau ada kelapa muda boleh ambik isi dia dan masuk sekali..sebab kueh ni semua cute macam puteri dan basah pulak berendam kuah orang N9 panggil "puteri mandi" sedap kan nama dia..tu tak rasa lagi tuLOL Tapi tak la ada gambar kueh tu kat FP ni sebab dia siap 10 mins sebelum azan.

Bila bukak puasa pulak mama kena make sure you all jugak ada makanan kalau tak semua datang merayap or berkejar ke meja, jadi kena la bagi roti or buah ke nak bagi you all duduk aman di lantai rumah yang penuh you all sepahkan.By the time bukak puasa tu ruang tamu rumah mama memang dah rupa Kids sport&gym dah..buku berpuluh..mainan semua keluar..

Apa pun mama bersyukur tak terhingga kepada ALLAH Yang Maha besar, jadi princess ke Mrs Doutbfire ke..semua nikmat yang ALLAH beri..penat memasak satu keindahan sebab ada orang yang kita sayang mengharap kita masak, penat mengemas jugak satu limpah dari ALLAH kerna diberi anak2 untuk berkongsi ceria dan bahagia ...Kepada semua mama,mommy,ibu,emak, ma etc dan isteri2 diluar sana mama ucapkan salute sebab kita semua adalah wanita gagah perkasa..walaupun penat kita masih dapat menunaikan tanggungjawab kita sebagai isteri atau ibu, disamping bershopping-shopping raya..syok kan pi tengok barang2 kat bazaaar menjelang raya ni

Petang ni mama cuti masak dan pi jengok pasar ramadhan la..kalau ikutkan lauk2 kat pasar kat rumah ni memang la tak ada yang sedap sangat..bakar ikan sampai keras, sayur sampai lembik jadi kuning, pengat rasa masin, karipap kosong, roti john pun tak der isi..tapi mama tak la larat nak jadi chef everyday..so ada satu dua gerai yang mama tahu masakan dia boleh tahan tu tuju tempat tu jer la. nasib2 pasar ramadan ni setengah tempat tu really sedap2 masakan dia so far lauk yang mama beli ada 2 kakak tu jer sedap..satu jual gulai batang keladi rebus asam, satu jual gulai nangka dengan ayam dan sambal bilis with terung belanda..so, apa nak makan petang ni haaa..rebus asam batang keladi dan ikan terubuk bakar lagi la kot..tu je la yang mama paling suka.. tambah kerabu perut dan ulam pegaga,kacang botol dan sambal2 ...boleh la tahan walaupun tak masak sendiri.

Selamat berbuka puasa pada semua dan selamat berhari minggu..mari kita masak and shopping hujung minggu ni..dan bagi treat pada badan kita yang penat..walaupun kita wanita gagah perkasa kita jugak wanita yang lemah lembut,perlu perhatian dan kasih sayang..pada semua suami jaga lah wanita gagah perkasa anda baik2...sebagai permulaaan send them tu SPA and Salon..hee..heee..





Tuesday, 2-Sep-2008 02:24 Email | Share | | Bookmark
ANCASA ALLSUITE PORT DICKSON & PAPA GIVING PUBLIC HOLIDAY TO ALL

beautiful sunset in PD
A papa,little girl and sunset
A mama, little girl and the beach
View all 30 photos...
First of all mama sad jugak sebab kena bukak FP baru at this address sebab FP lama mama dah corrupted badly..sedih la lots of history and piccas of both you,papa and mama there.Tapi that FP can still be visited but mama cannot make new photo entry there.

So hari sabtu 29/8 mama and papa took you both,uwan and auntie heni to Ancasa All suite,batu 8 1/2 Port Dickson - tia&mia first encounter with beach lagi pun 31st tu birthday papa..so papa cakap dia bagi public holiday to all malaysians sempena his birthday ..hee..hee..hee.. yes that's right papa..we love you so much and everybody love you too sebab tu malaysia ada bunga api,pasang bendera and berarak sempena your birthday

Ancasa is a nice place..new apartment..they have beautiful tropical garden..walaupun mama do not fancy bali so much for house deco but Bali concept si so suitable for Resort.We booked the two bedroom apartment- the apartment is big with nice dry kitchen but mama brought rice cooker along so that mama boleh masak your porridge. The beach is not that wonderful sebab public beach but it was more than enuf for Tia&mia-we watched beautiful sunset together..we hold hands and walked along the beach- lovely feeling

Malam 31st August tu we celebrate papa punya birthday there..sian papa mama couldn't find any cake house at telok kemang area and we had to settle for RM3.90 cake but as it said "thought that count" kan papa..and love that we share and give Surpisingly mama found hagen daaz outside the local market so mama bought strawberry flaouvered hagen daaz ice cream for papa- so that nite we had delicous PD satay and RM3.90 cake for papa to cut- funny thing..the cake was so ringan..Tia boleh angkat sebelah tangan..papa wore his new pyjama mama bought for him.

Tia & Mia pulak tahu yang kita we were on holiday-they refused to be in the apartment sibuk nak keluar tak sabar2..the next day we went to the beach again watching the wave and Tia Mia walked in the sand- tapi sebab drizzling tak la boleh lama sangat kat beach.We went to visit PD Ostrich Farm too..Tia Mia tengok horse,ostrich,rabbit,chicken.monkey and few other animals. It was a good trip and everbody enjoy it including uwan & auntie heni.

As for yesterday..the fisrt puasa Alhamdulillah semua dapat mengerjakan dgn sempurna.Kak Ikin called mama and informed that pakcik and the rest would like to have the fisrt buka puasa with uwan and see Tia&Mia after dah sembuh..ye la masa sakit semua orang really risau. Sebab mama dapat cold yg quite bad.. mama tak la larat sangat nak masak..so kak ikin kata she will bring food..so mama pun masak gulai telur itik with belimbing, kerabu pucuk paku sabah style(yg mama belajar dari room mate masa uni days), sambal tempoyak and special "buah sepang rebus" dari uwan.Buah sepang ni kalau kat negeri lain setengah tu panggil "badak berendam'. Kak ikin pulak bawak banyak food, she cooked gulai ikan baung with asam, goreng ikan masin berlada, pajeri nenas and bought delicious rendang limpa.uwan pulak so happy dapat one box of durian..so yesterday most of the cooking are homemade tak sempat pergi pasar ramadhan lagi..nanti la hari ni dah kerja mama will go and check out the pasar.It was a lovely buka posa..Tia&Mia enjoy jugak after buka papa,pakcik&co pergi masjid baru kat rumah...thanks kak ikin&co for the lovely food and ingatan terhadap we all. We look forward for raya together kat kampung.

Uploaded here are special pictures of Tia&Mia at teh beach after dah sihat betul. We wish everybody 2nd day of blessed ramadhan today.



[<<  <  1  2  3  4  [5]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net