zuraidah's FotoPage

By: zuraidah mohdyatim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 25-Nov-2008 07:11 Email | Share | | Bookmark
QURBAN KU DAN MU.

Kasih Ibu
Tak lama lagi idul eidha menjelang tiba..compared to idul fitri tak banyak diwar-warkan sambutannya.Bila menyebut Idul eidha maka mesti memperkatakan ibadat yang paling besar pahala nya dibuat semasa sambutan ini iaitu Qurban.

Mama berdoa dan insyallah jika diizinkan Allah,kita bersama2 keluarga maklang akan melakukan ibadah Qurban di kampung tak lama lagi.Pakcik dah pun balik ke kampung menguruskan lembu dan lain2 persiapan, tentu lebih bermakna idul eidha kali ini. Kak Ikin pun akan beraya bersama cuma kak intan yang beraya dI mekkah tahun ni..mesti rindu kak intan.

Mama yang masih banyak belajar ingin berkongsi dengan Tia dan Mia jugak fadhilat Qurban ini :

Secara ringkasnya , diriwayatkan oleh Saidina Abi talib " bahawa sesiapa yang meninggalkan rumah untuk membeli Qurban satu langkah dapat 10 kebajikan, hapus 10 kesalahan,naik martabat 10 darjat. Bila bercakap2 dengan penjual setiap patah sama dengan satu tasbih,setiap dirham dibayar dengan beroleh 700 kebajikan, tiap titis darah tertumpah dijadikan Allah 10 malaikat yang mendoakan dan meminta ampun kesalahannya hingga hari kiamat. Apabila daging dibahagikan maka tiap suap dimakan orang seperti memerdekakan seorang cucu nabi ismail"

Moga kita sama berlajar dari fidhilat di atas dan lebih menghayati ibadah ini.Bercakap pasal Qurban juga ada insan yang banyak berkorban untuk mama, wanita diadalam telekung di ataslah yang pertama mengajar mama tentang korban,korban yang tidak mengharap balasan- suci dan tulus.Uwan mengajar mama tentang keikhlasan dalam semua perkara mahu perkerjaan seharian,hubungan sesama manusia dan terutamanya beribadah kepada Allah.Sentaisa mama ingat dalam melayari hidup yang penuh dugaan dan cabaran, tidak boleh riak tidak boleh takbur kerna ia akan mebuat kita lupa pada pencipta- Kita hanyalah hamba kata uwan..kalau kita sentaisa ingat yang kita hamba mesti kita tak lupa bersyukur kepada Pencipta-betapa pemurah,pengasih dan penyanyangnya Allah diberi kita segala nikmat sedangkan kita hanya lah hamba.Untuk bersyukur kata uwan lagi tidak perlu menunggu dapat kekayaan melimpah ruah atau doa kita dimakbulkan..tapi bersyukur kerna kita boleh melihat,boleh mendengar,boleh berjalan,boleh bernafas.. kerna ada orang tidak boleh melihat,ada orang tidak boleh mendengar,ada orang tidak boleh berjalan dan ada orang hari ini tidak lagi boleh bernafas.Kerna itu semua kita syukur,kerna hamba kita taat.Insayallah sayang kita sama2 belajar.

Bercerita pasal nak balik kampung..aduhh gembiranya mama,dapat pulak berkumpul semula,dirumah tua mencatit sejarah kita semua..disitu kasih bermula dan mama tak mahu ia berakhir begitu saja.

Pada semua SELAMAT MENYAMBUT IDUL EIDHA DAB MELAKUKAN IBADAH QURBAN.


Tuesday, 25-Nov-2008 02:45 Email | Share | | Bookmark



Friday, 21-Nov-2008 07:25 Email | Share | | Bookmark
CERITA MACAM2 DI PETANG JUMAAT

tia,mia with kak ayan kat rumah maklang
abang anip-anak sedara mama,dah tawin dah
Ingat hari ni nak upload few pictures dari hari outing bufday kak ikin tapi jumpa la few pictures kat maklang punya fp (uwokkampung.fotopages.com), ada gambar tia mia lah,gambar papa dan jugak gambar abang anip kawin.So mama ambik lah few pictures from there letak kat sini.

The first picture tu masa kita pergi rumah maklang kat alam damai,you all bukan main suka lagi main,naik trampolin lah,tengok ayam,kucing,melompat kat katil maklang masa mama makan kat bawah,mama dengar you all senyap jerr..mama naik dan tengok both tengok kusyuk tengok tape "Hullaballo"..suka betul..masa nak balik maklang pun bagi the whole collections of "HullaBallo-Children educational tapes" ,dulu abang amir yang punya.Sampai sekarang bila nak breakfast pagi mama kena pasang tape ni baru you all diam dan terlopong,senang la mama suap breakfast kat dalam mulut. Kat dalam gambar kat atas kak ayan ikat rambut you all ketat2..cute jugak sebab tak ler kombang

Kat sebelah tu pulak gambar anak sedara lelaki mama haniff bin Hashim, baru berkahwin last week dengan mek kelate..haiii banyak lah abang anip kena melabur barang kemas lepas ni tak pe lah janji dua2 saling sayang menyayang.Majlis buat kat rumah paktih kat N9,tapi kita tak pergi sebab every saturday you all ada "Shichida Class"..mama dah pun kirim hadiah kat kak ikin,mama ucapkan "Selamat pengantin tak berapa baru" kat abang anip and wahi.

Kalau boleh upload gambar lagi banyak lah cerita mama ni haaa..outing dengan kak ikin prior to her birthday,makan2 dan masak with kak ayan dan kak nur kat rumah mama.tapi kalau setakat 2 keping ni jerr masuk mama stop kat sini dulu..see the perkembangan japp lagi..hee..heee..



Thursday, 20-Nov-2008 02:22 Email | Share | | Bookmark
CHERITA CHENTA 2 GADIS 3 WANITA

kak nur,mama,kak intan,ayan & kak ikin
mama,kak ikin and tia&mia 2 months old
Assalamualaikum Tia, Mia and semua pagi2 ni mama bagi chenta untuk semua
and a very special wish to my beloved niece NORASHIKIN YAHYA - TODAY IS HER BIRTHDAY, maksu tak sure whether 28 or more this lovely girl now a woman di berikan ALLAH Sbt kepada keluarga Yahya Mohd Yatim and Bidayah Azizan.From that day onwards she gives loves to everybody..so the ucapan today is :Dear ikin maksu,paksu,uwan tia and mia wish you be blessed by ALLAH Sbt with health,wisdom,grace,kindness and all things nice- WE LOVE YOU,WE CHENTA YOU..muargghhhhh..hee..heee

Sebenarnya ada banyak gambar semalam tapi sebab guna camera kak ikin and mama tak terima lagi gambar dari dia, so mama ambik gambar dari album lama jer la..dan this ungratefull FP only allowed 2 fotos to be uploaded..jadilah, cerita chenta tak perlu banyak foto. Mama sayang semua nieces mama,selain yang 4 orang kat dalam gambar ni mama ada kak ina (anak paktih), idah,yatie,ina (kakak2 nur) kat johor,tapi sebab dia orang ni jauh dari mama jadi jaranglah kita orang dapat gather2..dulu semua budak,kemudian jadi gadis dan sekarang ramai dah jadi wanita..berapa pun umur kami sekarang kasih sayang kami masih sama malah bertambah dan doa mama biarlah berkekalan.

CHERITA CHENTA 1: So cerita chenta mula dengan birthday girl dulu: Nurashikin Yahya or kak ikin you all panggil, ni anak sedara pompuan mama dari abang no 3 mama iaitu pakcik,masa dia kecik2 dulu,dia very chubby,muka penuh jer,mama sayang dia, dia kuat makan,mama dia bagi 2 bijik telur separuh masak,semua dia balun, bila mama besar,dah masuk university mama tumpang duduk rumah pakcik la,mama buat practical kat legal firm..masa tu kak ikin sekolah lagi, rupanya masa kecik kak ikin pun bercita-cita nak jadi lawyer macam mama tapi kak ikin ended up jadi IT consultant.Kak ikin masuk University ambik degree in Computer she passed all her exams with flying colours- so kak ikin pun join TM malaysia bahagian research, dunia IT ni jugak lah yang menemukan kak ikin dengan jodohnya- abang samsudin yang bagi kak ikin lelaki ter macho and hensem kat malaya ni haaa.. abang din is a very nice person walaupun tak rupa shah rukh khan but he got a diamond heart, he loves kak ikin and her family and because of that mama loves him too now he loves both of you and the chenta will never end.Kak ikin is now happy with abang din and like mama dia pun tengah melakar impian untuk her dream home..abang din pulak baru join SHELL company,mama is very happy for both of them and doa them diberkati ALLAH sbt.

CHERITA CHENTA 2 : yang kat tengah2 dalam gambar kat atas pakai tudung panjang tu kak intan,kak intan kaka kepada kak ikin, dia orang dua beradik jer,macam you all jugak- kak intan ni lemah lembut dan manis orangnyer,sangat berbudi bahasa dan suka berpantun dengan uwan.Kak intan bertugas di lembaga Tabung Haji dan sekarang berada di Mekkah untuk tempoh 2 bulan kerana bertugas. Kak intan jugak dah bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang baik dan sesuai untu dia iaitu abang hazril,yang you all suka jugak.masa aqiqah tia and mia abang hazril lah tukang dokong tia. Kak intan ni seorang yang berseni dan puitis,suka menulis sajak kegemarannya selain makan suka bershopping,macam2lah barang2 kak intan,kalau scrave boleh buat jualan lelong. kak intan dan abang hazril both bertugas di tabung haji, abang hazril dah pun naik haji dan insyallah sekembalinya kak intan nanti dia pun jadi hajjah,mesti pakcik bangga dan makcik sejuk perut mengandungkan kak intan.Tapi jangan tak tahu,kak intan ni masa kecik..dasat kena sawan tangis..menangis sampai muka hitam..mama ingat lagi tu..nigthmare..now dah pun jadi wanita dan mama masih sayang dia.

CHERITA CHENTA 3 : yang dalam gambar pakai t shirt putih tu, itulah kak Nur, kak nur ni suka bergaya,suka menghias, ada kesenian dalam buat benda2 hantaran etc..kak nur jugak pelajar yang sangat cemerlang, dia lulusan accounting dan masa belajar selalu dapat sijil dekan@4 flat,dia juagk pelajar cemerlang tajaan TNB, kak nur sekarang kerja kat TNB dan dalam usaha untuk mencapai cita-citanya setinggi mungkin. Mama sebaya dengan kakak sulung kak nur ni..tapi sekarang sebab jarak, dengan kak nur yang mama close.Mama bangga dengan dia sebab dia very hardworking, sentiasa berusaha meningkatkan diri,tak kenal penat dan lelah..macam2 kerja partime kak nur buat,tuition la,event lah..sampai pernah jatuh pengsan dan masuk hospital sebab low blood..mama tahu cost kehidupan kat KL ni tinggi dan for young executive like kak nur memang mencabar.sebab kak nur tak nak susahkan sesiapa dia berusaha sendiri..mama doakan dia berjaya dalam cita-citanya dan bertemu jodoh yang baik,sayang dia dan keluarganya..apa pun semalam mama dah bagi kak nur makan kenyang sampai buncit perut.

CHERITA CHENTA 4 : Ayan, yang dalam gambar atas yang bergaya paling gedik pakai baju merah tu ayan ler Ayan ni anak maklang iaitu zaiton. Masa kecik ya rabbi nakal,tak boleh citer..mama geram betul, masa umur 1 tahun dia kena tinggal dengan maklang di kampung dengan mama dan uwan..masa tu maklang pi jepun ikut papa dia,dah settle kat sana baru maklang bawak dia duduk jepun, so kak ayan dan abang aizuddin masuk international school di jepun dulu. Apa pun kenakalan dia orang berpanjangan jugak..pernah bakar baju uwan la..macam2..masa kecik2 dulu kalau dia orang nak balik kena sorok torchlight dan benda2 yang precious kalau tak licau. sekarang kak ayan dah pun jadi gadis manis..dia dalam final year buat degree in business studies..dia baru di terima oleh Mercedez benz Company untuk buat parctical selama 6 bulan kat situ dengan allowance yang memang tinggi.Lucky kak ayan sebab tak senang nak masuk Mercedez benz..TAHNIAH mama ucapkan dengan harapan satu hari nanti kak ayan boleh bagi mama beli mercedez at 90% discount..baru mama and papa mampu.

CHERITA CHENTA ABADI : Of Course la cerita chenta kita: Mama,papa,Tia and Mia..mama sangat bersyukur ditemukan dengan papa,seorang lelaki yang baik,penyabar dan penuh kasih sayang.Dengan papa mama belajar memberi cinta dengan lebih banyak lagi, kami berkongsi minat dan dapat menikmati hidup dengan baik.dengan Kehadiran you all mama dan papa jadi lebih bahagia,lebih pertimbangan..bersyukur you all dapat chenta yang melimpah dari mama,papa,uwan dan semua ahli keluarga.Anak-anak mama, membesar lah menjadi orang yang berhemah,tinggi budi pekerti,taat pada ALLAH kerna itulah jadi paksi dan dinding dalam kita melawan dugaan dan arus hidup yang penuh ranjau dan duri..seperti mama tia dan mia jugak nanti akan jadi dewasa,dari baby kepada gadis dan wanita..layari lah hidup dengan sebaiknya dan tentukan lah arah, mama dan papa hanya dapat membimbing dan berdoa saja.

Kepada 2 WANITA 2 GADIS i love you all..muarrghhhhh..

Oppsss tak habis citer lagi..semalam apa mama and birthday girl buat? Hehhh..heeehhh..mama telah dengan kejamnya tinggalkan you all kat rumah dengan uwan dan heni and mama dengan kak ikin telah pi massage kat Beaubell..lepas massage we all makan steamboat..sedap betul..dah meleh-leleh air hidung kepanasan dan pedas we all makan pulak ice cream-after that shopping spree pun bermula..ada debenhams baru bukak kat curve..apa lagi..seronok2..bila list down rupanya banyak betul barang mama beli semalam..senang betul nak ngabiskan duit nak mengumpul siksa apa beli semalam esok lah citer bila dah upload gambar ok.

Bye,luv,luv


Monday, 17-Nov-2008 01:59 Email | Share | | Bookmark
I SEE LOVE IN YOUR EYES

come hug me
 
Tia yang manja
Hi semua,

mama ingat pagi2 nak upload lagi gambar2 dari beautkids yang linda hantar but this fp buat hal lagi..satu keping jer masuk..nanti la bila ok mama upload lagi..banyak wonderful pictures yang mama suka..thanks linda,amir and ghazi too

Cerita hujung minggu..busy jugak papa and mama,hari sabtu hantar the kenits pi shichida la..papa dah renew pun untuk new semester 2009 juanuary - march,hopefully we can get the same sensei@teacher-miss yaya..sebab dia baik and really sincere..mama and papa suka this week ada new thing- tia and mia learnt how to plant vegetables- they were given "cardboard farm' and they got to plant the veges on the cardboard farm- so both tanam brocolli,lettuce,carrot,potato etc.both enjoyed new song and also esp games

Semalam kak ikin&family datang hantar uwan as hari sabtu uwan ikut dia orang pergi rumah paktih kat N9,abang anip kawin-paktih tu mama punya abang no2 but now becomes the first since paklong dah meninggal So macam2 cerita dia orang bawak dari sana..mama dapat gift bag,ada telur,moist choc cake and mug.Weekend pun banyak masak tapi tak sempat la nak snap..camera habis battery dan tak la charge2 lagi mama buat "chili corn carne" la, quick pizza, hotdog special etc..papa and you all suka la makan.

Petang semalam pulak mama and papa pi carik sink and tap for our new house, sink nak taruk kat kitchen..mama nak guna ceramic sink this time..harga pricey sikit..maintenance pun kena jaga jugak..tapi tak pe lah ..so mama got white ceramic sink bowl untuk new kitchen nanti..tap pun tak lah senang nak pilih..round lama jugak kat situ..baru dapat yang berkenan.After that mama redeem jusco vouchers dapat RM275.00 haaaa..gumbira beli barang percuma..mama beli big non stick pan..supaya boleh masak2 lagi and the rest kat toy section..we ve got you flash cards, magnetic drawing board, Minnies ears , trumphets,crayons..hmmm semua untuk you all habis2 shopping nak balik..aduss hujan lebat betul semalam..siap ribut petir..sampai rumah mama basah kuyup keluar dari keta share payung satu dengan papa..kilat pun kebetulan meletup kuat betul..mama nampak Tia terperanjat..peluk uwan..kesian betul Tia..Mia pulak bila mama peluk dari belakang happy nyer dia..macam rasa selamat. Both terus nak ikut mama and papa nak naik bilik atas,mama pun bawak naik hantar,mama mandi..dah tu buat hot milo dan panaskan buns..bawak masuk bilik..kita 4 orang duduk bawah selimut..syokk kan minum hot milo..makan buns..dah tu mama pun show the new toys..wahhh..apa lagi you all ketawa sampai kat telinga..sukaaa

That's the wonderful weekend...ni try nak upload gambo lagi


[<<  <  1  2  [3]  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net