Want your
own Fotopage?






 
zuraidah's FotoPage

By: zuraidah mohdyatim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 25-Nov-2008 07:11 Email | Share | | Bookmark
QURBAN KU DAN MU.

Kasih Ibu
Tak lama lagi idul eidha menjelang tiba..compared to idul fitri tak banyak diwar-warkan sambutannya.Bila menyebut Idul eidha maka mesti memperkatakan ibadat yang paling besar pahala nya dibuat semasa sambutan ini iaitu Qurban.

Mama berdoa dan insyallah jika diizinkan Allah,kita bersama2 keluarga maklang akan melakukan ibadah Qurban di kampung tak lama lagi.Pakcik dah pun balik ke kampung menguruskan lembu dan lain2 persiapan, tentu lebih bermakna idul eidha kali ini. Kak Ikin pun akan beraya bersama cuma kak intan yang beraya dI mekkah tahun ni..mesti rindu kak intan.

Mama yang masih banyak belajar ingin berkongsi dengan Tia dan Mia jugak fadhilat Qurban ini :

Secara ringkasnya , diriwayatkan oleh Saidina Abi talib " bahawa sesiapa yang meninggalkan rumah untuk membeli Qurban satu langkah dapat 10 kebajikan, hapus 10 kesalahan,naik martabat 10 darjat. Bila bercakap2 dengan penjual setiap patah sama dengan satu tasbih,setiap dirham dibayar dengan beroleh 700 kebajikan, tiap titis darah tertumpah dijadikan Allah 10 malaikat yang mendoakan dan meminta ampun kesalahannya hingga hari kiamat. Apabila daging dibahagikan maka tiap suap dimakan orang seperti memerdekakan seorang cucu nabi ismail"

Moga kita sama berlajar dari fidhilat di atas dan lebih menghayati ibadah ini.Bercakap pasal Qurban juga ada insan yang banyak berkorban untuk mama, wanita diadalam telekung di ataslah yang pertama mengajar mama tentang korban,korban yang tidak mengharap balasan- suci dan tulus.Uwan mengajar mama tentang keikhlasan dalam semua perkara mahu perkerjaan seharian,hubungan sesama manusia dan terutamanya beribadah kepada Allah.Sentaisa mama ingat dalam melayari hidup yang penuh dugaan dan cabaran, tidak boleh riak tidak boleh takbur kerna ia akan mebuat kita lupa pada pencipta- Kita hanyalah hamba kata uwan..kalau kita sentaisa ingat yang kita hamba mesti kita tak lupa bersyukur kepada Pencipta-betapa pemurah,pengasih dan penyanyangnya Allah diberi kita segala nikmat sedangkan kita hanya lah hamba.Untuk bersyukur kata uwan lagi tidak perlu menunggu dapat kekayaan melimpah ruah atau doa kita dimakbulkan..tapi bersyukur kerna kita boleh melihat,boleh mendengar,boleh berjalan,boleh bernafas.. kerna ada orang tidak boleh melihat,ada orang tidak boleh mendengar,ada orang tidak boleh berjalan dan ada orang hari ini tidak lagi boleh bernafas.Kerna itu semua kita syukur,kerna hamba kita taat.Insayallah sayang kita sama2 belajar.

Bercerita pasal nak balik kampung..aduhh gembiranya mama,dapat pulak berkumpul semula,dirumah tua mencatit sejarah kita semua..disitu kasih bermula dan mama tak mahu ia berakhir begitu saja.

Pada semua SELAMAT MENYAMBUT IDUL EIDHA DAB MELAKUKAN IBADAH QURBAN.

ohooo mama tia mia bz yer.... Mon 15-Dec-2008 04:25
Posted by:<idida aka ummu nafisa>  - [Link]
Tia &Mia...
Where are u??
Mama sorok ye? heheheeee..

Miss u so much!!!

Mon 15-Dec-2008 09:22
Posted by:Ita  - [Link]
mama tia mia bz yer?
harap tia mia n family sihat2 dan baik2 saje..
Tue 16-Dec-2008 08:43
Posted by:Liyana~umi Danish & Batrisyia  - [Link]
View all 21 comments Add comment


Tuesday, 25-Nov-2008 02:45 Email | Share | | Bookmark


>> tak pe...
>> nanti kita singgah lagi...
Tue 25-Nov-2008 16:59
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
Wed 26-Nov-2008 06:44
Posted by:liyana~umi Danish & Batrisyia  - [Link]
Azu and family...Selamat Hariraya Aidiladha!!!! Thu 4-Dec-2008 21:03
Posted by:~Ima ~
View all 5 comments Add comment


Friday, 21-Nov-2008 07:25 Email | Share | | Bookmark
CERITA MACAM2 DI PETANG JUMAAT

tia,mia with kak ayan kat rumah maklang
abang anip-anak sedara mama,dah tawin dah
Ingat hari ni nak upload few pictures dari hari outing bufday kak ikin tapi jumpa la few pictures kat maklang punya fp (uwokkampung.fotopages.com), ada gambar tia mia lah,gambar papa dan jugak gambar abang anip kawin.So mama ambik lah few pictures from there letak kat sini.

The first picture tu masa kita pergi rumah maklang kat alam damai,you all bukan main suka lagi main,naik trampolin lah,tengok ayam,kucing,melompat kat katil maklang masa mama makan kat bawah,mama dengar you all senyap jerr..mama naik dan tengok both tengok kusyuk tengok tape "Hullaballo"..suka betul..masa nak balik maklang pun bagi the whole collections of "HullaBallo-Children educational tapes" ,dulu abang amir yang punya.Sampai sekarang bila nak breakfast pagi mama kena pasang tape ni baru you all diam dan terlopong,senang la mama suap breakfast kat dalam mulut. Kat dalam gambar kat atas kak ayan ikat rambut you all ketat2..cute jugak sebab tak ler kombang

Kat sebelah tu pulak gambar anak sedara lelaki mama haniff bin Hashim, baru berkahwin last week dengan mek kelate..haiii banyak lah abang anip kena melabur barang kemas lepas ni tak pe lah janji dua2 saling sayang menyayang.Majlis buat kat rumah paktih kat N9,tapi kita tak pergi sebab every saturday you all ada "Shichida Class"..mama dah pun kirim hadiah kat kak ikin,mama ucapkan "Selamat pengantin tak berapa baru" kat abang anip and wahi.

Kalau boleh upload gambar lagi banyak lah cerita mama ni haaa..outing dengan kak ikin prior to her birthday,makan2 dan masak with kak ayan dan kak nur kat rumah mama.tapi kalau setakat 2 keping ni jerr masuk mama stop kat sini dulu..see the perkembangan japp lagi..hee..heee..


Best bila outing mesti asd amakan. esp bila on special occasion...
Nnt upload gambar bday girl tau!!!
Mon 24-Nov-2008 20:56
Posted by:Ita  - [Link]
ohooo...uwokkampung tu maklang tia mia rupanya...
padan la dia pon mcm ada hobi yg sama gak ngan mama tia mia...
heheheee.....

:: http://idida.fotopages.com ::
:: http://syakirzainol.fotopages.com ::
Tue 25-Nov-2008 03:31
Posted by:<idida aka ummu nafisa>  - [Link]
Hi kak zue...wahh makin meriah fp kak zue dgn cerita ceriti dan ceritu..
how's the weekend? tunggu citer tia mia kat kelas shicida..
geram la tgk tia mia ni..bila agaknya ada kesempatan utk kita berjumpa yer kak zue?
jgn lupa singgah fp saya tau kak zue..lama tak jenguk.
till then, take care
Tue 25-Nov-2008 06:29
Posted by:liyana~umi Danish & Batrisyia  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Thursday, 20-Nov-2008 02:22 Email | Share | | Bookmark
CHERITA CHENTA 2 GADIS 3 WANITA

kak nur,mama,kak intan,ayan & kak ikin
mama,kak ikin and tia&mia 2 months old
Assalamualaikum Tia, Mia and semua pagi2 ni mama bagi chenta untuk semua
and a very special wish to my beloved niece NORASHIKIN YAHYA - TODAY IS HER BIRTHDAY, maksu tak sure whether 28 or more this lovely girl now a woman di berikan ALLAH Sbt kepada keluarga Yahya Mohd Yatim and Bidayah Azizan.From that day onwards she gives loves to everybody..so the ucapan today is :Dear ikin maksu,paksu,uwan tia and mia wish you be blessed by ALLAH Sbt with health,wisdom,grace,kindness and all things nice- WE LOVE YOU,WE CHENTA YOU..muargghhhhh..hee..heee

Sebenarnya ada banyak gambar semalam tapi sebab guna camera kak ikin and mama tak terima lagi gambar dari dia, so mama ambik gambar dari album lama jer la..dan this ungratefull FP only allowed 2 fotos to be uploaded..jadilah, cerita chenta tak perlu banyak foto. Mama sayang semua nieces mama,selain yang 4 orang kat dalam gambar ni mama ada kak ina (anak paktih), idah,yatie,ina (kakak2 nur) kat johor,tapi sebab dia orang ni jauh dari mama jadi jaranglah kita orang dapat gather2..dulu semua budak,kemudian jadi gadis dan sekarang ramai dah jadi wanita..berapa pun umur kami sekarang kasih sayang kami masih sama malah bertambah dan doa mama biarlah berkekalan.

CHERITA CHENTA 1: So cerita chenta mula dengan birthday girl dulu: Nurashikin Yahya or kak ikin you all panggil, ni anak sedara pompuan mama dari abang no 3 mama iaitu pakcik,masa dia kecik2 dulu,dia very chubby,muka penuh jer,mama sayang dia, dia kuat makan,mama dia bagi 2 bijik telur separuh masak,semua dia balun, bila mama besar,dah masuk university mama tumpang duduk rumah pakcik la,mama buat practical kat legal firm..masa tu kak ikin sekolah lagi, rupanya masa kecik kak ikin pun bercita-cita nak jadi lawyer macam mama tapi kak ikin ended up jadi IT consultant.Kak ikin masuk University ambik degree in Computer she passed all her exams with flying colours- so kak ikin pun join TM malaysia bahagian research, dunia IT ni jugak lah yang menemukan kak ikin dengan jodohnya- abang samsudin yang bagi kak ikin lelaki ter macho and hensem kat malaya ni haaa.. abang din is a very nice person walaupun tak rupa shah rukh khan but he got a diamond heart, he loves kak ikin and her family and because of that mama loves him too now he loves both of you and the chenta will never end.Kak ikin is now happy with abang din and like mama dia pun tengah melakar impian untuk her dream home..abang din pulak baru join SHELL company,mama is very happy for both of them and doa them diberkati ALLAH sbt.

CHERITA CHENTA 2 : yang kat tengah2 dalam gambar kat atas pakai tudung panjang tu kak intan,kak intan kaka kepada kak ikin, dia orang dua beradik jer,macam you all jugak- kak intan ni lemah lembut dan manis orangnyer,sangat berbudi bahasa dan suka berpantun dengan uwan.Kak intan bertugas di lembaga Tabung Haji dan sekarang berada di Mekkah untuk tempoh 2 bulan kerana bertugas. Kak intan jugak dah bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang baik dan sesuai untu dia iaitu abang hazril,yang you all suka jugak.masa aqiqah tia and mia abang hazril lah tukang dokong tia. Kak intan ni seorang yang berseni dan puitis,suka menulis sajak kegemarannya selain makan suka bershopping,macam2lah barang2 kak intan,kalau scrave boleh buat jualan lelong. kak intan dan abang hazril both bertugas di tabung haji, abang hazril dah pun naik haji dan insyallah sekembalinya kak intan nanti dia pun jadi hajjah,mesti pakcik bangga dan makcik sejuk perut mengandungkan kak intan.Tapi jangan tak tahu,kak intan ni masa kecik..dasat kena sawan tangis..menangis sampai muka hitam..mama ingat lagi tu..nigthmare..now dah pun jadi wanita dan mama masih sayang dia.

CHERITA CHENTA 3 : yang dalam gambar pakai t shirt putih tu, itulah kak Nur, kak nur ni suka bergaya,suka menghias, ada kesenian dalam buat benda2 hantaran etc..kak nur jugak pelajar yang sangat cemerlang, dia lulusan accounting dan masa belajar selalu dapat sijil dekan@4 flat,dia juagk pelajar cemerlang tajaan TNB, kak nur sekarang kerja kat TNB dan dalam usaha untuk mencapai cita-citanya setinggi mungkin. Mama sebaya dengan kakak sulung kak nur ni..tapi sekarang sebab jarak, dengan kak nur yang mama close.Mama bangga dengan dia sebab dia very hardworking, sentiasa berusaha meningkatkan diri,tak kenal penat dan lelah..macam2 kerja partime kak nur buat,tuition la,event lah..sampai pernah jatuh pengsan dan masuk hospital sebab low blood..mama tahu cost kehidupan kat KL ni tinggi dan for young executive like kak nur memang mencabar.sebab kak nur tak nak susahkan sesiapa dia berusaha sendiri..mama doakan dia berjaya dalam cita-citanya dan bertemu jodoh yang baik,sayang dia dan keluarganya..apa pun semalam mama dah bagi kak nur makan kenyang sampai buncit perut.

CHERITA CHENTA 4 : Ayan, yang dalam gambar atas yang bergaya paling gedik pakai baju merah tu ayan ler Ayan ni anak maklang iaitu zaiton. Masa kecik ya rabbi nakal,tak boleh citer..mama geram betul, masa umur 1 tahun dia kena tinggal dengan maklang di kampung dengan mama dan uwan..masa tu maklang pi jepun ikut papa dia,dah settle kat sana baru maklang bawak dia duduk jepun, so kak ayan dan abang aizuddin masuk international school di jepun dulu. Apa pun kenakalan dia orang berpanjangan jugak..pernah bakar baju uwan la..macam2..masa kecik2 dulu kalau dia orang nak balik kena sorok torchlight dan benda2 yang precious kalau tak licau. sekarang kak ayan dah pun jadi gadis manis..dia dalam final year buat degree in business studies..dia baru di terima oleh Mercedez benz Company untuk buat parctical selama 6 bulan kat situ dengan allowance yang memang tinggi.Lucky kak ayan sebab tak senang nak masuk Mercedez benz..TAHNIAH mama ucapkan dengan harapan satu hari nanti kak ayan boleh bagi mama beli mercedez at 90% discount..baru mama and papa mampu.

CHERITA CHENTA ABADI : Of Course la cerita chenta kita: Mama,papa,Tia and Mia..mama sangat bersyukur ditemukan dengan papa,seorang lelaki yang baik,penyabar dan penuh kasih sayang.Dengan papa mama belajar memberi cinta dengan lebih banyak lagi, kami berkongsi minat dan dapat menikmati hidup dengan baik.dengan Kehadiran you all mama dan papa jadi lebih bahagia,lebih pertimbangan..bersyukur you all dapat chenta yang melimpah dari mama,papa,uwan dan semua ahli keluarga.Anak-anak mama, membesar lah menjadi orang yang berhemah,tinggi budi pekerti,taat pada ALLAH kerna itulah jadi paksi dan dinding dalam kita melawan dugaan dan arus hidup yang penuh ranjau dan duri..seperti mama tia dan mia jugak nanti akan jadi dewasa,dari baby kepada gadis dan wanita..layari lah hidup dengan sebaiknya dan tentukan lah arah, mama dan papa hanya dapat membimbing dan berdoa saja.

Kepada 2 WANITA 2 GADIS i love you all..muarrghhhhh..

Oppsss tak habis citer lagi..semalam apa mama and birthday girl buat? Hehhh..heeehhh..mama telah dengan kejamnya tinggalkan you all kat rumah dengan uwan dan heni and mama dengan kak ikin telah pi massage kat Beaubell..lepas massage we all makan steamboat..sedap betul..dah meleh-leleh air hidung kepanasan dan pedas we all makan pulak ice cream-after that shopping spree pun bermula..ada debenhams baru bukak kat curve..apa lagi..seronok2..bila list down rupanya banyak betul barang mama beli semalam..senang betul nak ngabiskan duit nak mengumpul siksa apa beli semalam esok lah citer bila dah upload gambar ok.

Bye,luv,luv

apo chenta chenta ni.....
panjang lebar tul muqadimah....
nanti den forward kan lagi pics u all kat rumah mak lang hari tu....
Fri 21-Nov-2008 07:35
Posted by:zaiton zaiton_yatim@yahoo.com  - [Link]
all cousins very successful, a leading example and inspiration to tia and mia.
both of you will do just as well. already beginning with sichida..
Sun 23-Nov-2008 23:12
Posted by:annhuzi annhuzi@gmail.com
Happy birthday to Ikin.. Wah.. best nye -dah makin besar ek.. hehehe..

Azu,
tak nyempat nak nak singgah selalu tgk Tia&mia.. Bz sgt lately dgn budak2 tak sihat
Mon 24-Nov-2008 20:54
Posted by:Ita  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Monday, 17-Nov-2008 01:59 Email | Share | | Bookmark
I SEE LOVE IN YOUR EYES

come hug me
 
Tia yang manja
Hi semua,

mama ingat pagi2 nak upload lagi gambar2 dari beautkids yang linda hantar but this fp buat hal lagi..satu keping jer masuk..nanti la bila ok mama upload lagi..banyak wonderful pictures yang mama suka..thanks linda,amir and ghazi too

Cerita hujung minggu..busy jugak papa and mama,hari sabtu hantar the kenits pi shichida la..papa dah renew pun untuk new semester 2009 juanuary - march,hopefully we can get the same sensei@teacher-miss yaya..sebab dia baik and really sincere..mama and papa suka this week ada new thing- tia and mia learnt how to plant vegetables- they were given "cardboard farm' and they got to plant the veges on the cardboard farm- so both tanam brocolli,lettuce,carrot,potato etc.both enjoyed new song and also esp games

Semalam kak ikin&family datang hantar uwan as hari sabtu uwan ikut dia orang pergi rumah paktih kat N9,abang anip kawin-paktih tu mama punya abang no2 but now becomes the first since paklong dah meninggal So macam2 cerita dia orang bawak dari sana..mama dapat gift bag,ada telur,moist choc cake and mug.Weekend pun banyak masak tapi tak sempat la nak snap..camera habis battery dan tak la charge2 lagi mama buat "chili corn carne" la, quick pizza, hotdog special etc..papa and you all suka la makan.

Petang semalam pulak mama and papa pi carik sink and tap for our new house, sink nak taruk kat kitchen..mama nak guna ceramic sink this time..harga pricey sikit..maintenance pun kena jaga jugak..tapi tak pe lah ..so mama got white ceramic sink bowl untuk new kitchen nanti..tap pun tak lah senang nak pilih..round lama jugak kat situ..baru dapat yang berkenan.After that mama redeem jusco vouchers dapat RM275.00 haaaa..gumbira beli barang percuma..mama beli big non stick pan..supaya boleh masak2 lagi and the rest kat toy section..we ve got you flash cards, magnetic drawing board, Minnies ears , trumphets,crayons..hmmm semua untuk you all habis2 shopping nak balik..aduss hujan lebat betul semalam..siap ribut petir..sampai rumah mama basah kuyup keluar dari keta share payung satu dengan papa..kilat pun kebetulan meletup kuat betul..mama nampak Tia terperanjat..peluk uwan..kesian betul Tia..Mia pulak bila mama peluk dari belakang happy nyer dia..macam rasa selamat. Both terus nak ikut mama and papa nak naik bilik atas,mama pun bawak naik hantar,mama mandi..dah tu buat hot milo dan panaskan buns..bawak masuk bilik..kita 4 orang duduk bawah selimut..syokk kan minum hot milo..makan buns..dah tu mama pun show the new toys..wahhh..apa lagi you all ketawa sampai kat telinga..sukaaa

That's the wonderful weekend...ni try nak upload gambo lagi

Azu,
busy mcmana pun, still kena allocate time dgn anak2 kan? so sweet to see them grow. nnt cepat je, tengok dah besar..

bestnye dpt voucher... boleh shopping freeee... suka le kanak2 ribena tu dpt toys mcm2 mama beli ye..
u dah beli sink & tap for the kitchen ye.. mesti excited.. tak sabar nak tgk ur new hse...

ok, see ya & kiss2 to tia&mia..
Wed 19-Nov-2008 09:07
Posted by:Ita  - [Link]
re: Pokok raspberry tu tak menjalar, dia macam pokok bunga kertas tapi batangnya lembut sikit la. Daun dia macam daun grapes. Pokok vanilla tak pernah tanam lagi... . Pokok apple pernah tanam tapi baru je ditebang sebab dah 10 tahun masih ketot. Daunnya pulak sentiasa tak lebih dari 15 helai... . Bila balik semua anak/cucu mak, parking dah tak cukup. Jadi raya haritu tamat ler riwayat pokok apple yang bantut tu... he..he. Rasanya memang tak sesuai kot... . Dia nak tempat sejuk jugak. Grapes memang ada tanam tapi buahnya masam yang amat.. tapi tak de la banyak sangat buahnya. Buah pun kenit2 ala buah cermai... tak cukup baja gamaknya. He...he.. Tulip tu tanam kat Bukit Maxwell, Perak. Atas tu agak sejuk tapi masa ktorang nak pergi tengok tu katanya tak de musim (cuba tengok entry 3 Apr.2008) . Kat sini memang tak boleh hidup... sebab pokok tu disemai dalam bilik sejuk 8 darjah celcius selama 15minggu. Lepas 2 minggu dibawa keluar dan baru dia berbunga . tapi kalau nak mencuba apa salahnya... . Yatie rasa kalau pokok tulip betul2 boleh hidup kat msia ni.. tentu kat Cameron Highland tu penuh ngan tulip. Wed 19-Nov-2008 22:55
Posted by:yatie  - [Link]
chumilnyer tia nie..geram tengok dier..


:::: inginkan penapis air berkonsepkan ISLAMIC dan SUNNAH..dijamin suci dan HALAL..RX WATER segalanya..diilhamkan oleh Dr.Nordin Darus..beliau telah mengalami penyakit kanser darah pada 2001..dan mendapat ilham daripadda air zam zam..lalu mendapat ilham mencipta rx water..dan kini beliau 100% sembuh dah ingin berkongsi pengalaman dan penemuan ini bersama2 kita..ia dapat mengubat lebih 30 jenis penyakit..seperti kanser..kencing manis..darah tinggi..gaut..dah lain2..tidak perlu kuatir drngan rx water..kerana ia telah diiktiraf oleh kerajaan malaysia..ia mempunyai banyak khasiat..dan yang paling penting..ia adalah product halal..::

::sebarang infomasi dan testimoni layari http://aretip2847.fotopages.com/
:: www.uncletief.blogspot.com
::sebarang infomasi atau tempahan...hubungi mohd allatif.. 0129053656/0136043970
Wed 26-Nov-2008 00:37
Posted by:uncletief aretip2847@gmail.com  - [Link]
View all 12 comments Add comment


Wednesday, 12-Nov-2008 09:38 Email | Share | | Bookmark
PAINTING MY DREAMS WITH COLOURS - PART 2

antique windows@isa hotel,rome,italy
beautiful garden setting at rooftop,rome
big, comfy day bed at the rooftop facing the garden@rome
View all 9 photos...
Part 2, ni masih citer pasal kesukaan mama i.e interior design dan all things nice,semua gambar kat sini adalah idea2 yang mama dapat masa travel

such lovely places ya... no wonder u could never forget those sweet memories there !!! Sat 15-Nov-2008 04:16
Posted by:Sofea Shah  - [Link]
Hi Kak Zu.. waduh waduh.. entry kak zu sblum ni.. syok btul baca. Seronoknya kan kalau rumah mcm tu.. may ur dream come true satu hari nanti.. bila nak pindah ni sis?? tak sbar nak tgk idea2 tu nanti. opsss, bole ke curi tu nanti? .

Suka la gambar yg "wisteria" penuh kat dinding tu.. Itu salah satu impian gee. Gee teringin sgt depan porch esok tu nanti ada bunga menjalar sekeliling mcm tu.. tak pun kat balcony master bedroom. nanti kalau bila bunga2 dah start menjalar, start penuh... tmt tu mesti akan look cozy.. releks sgt kan. then cari la bunga color purple, pink, white yg tahan panas utk cuaca kita put in white pot as well, 1pot letak kat table in btw chair.. pastu sambil hirup coffee ke teh ke or pe pe.. with hubby sambil mata tgk the kids main2 kat field. Tp gee teringin la nak buat kat balcony master tu nanti.. white in color.. then porch pulak mcm ala2 kayu2.. pasu2 pun mcm brown2.. nak kata bali bukan.. apa ye sis? i think u lagi tahu nak panggil concept tu. uhhss! syook la... Gee pulak yg tak sabar rasanya.. cepat la rumah siap. . Hari tu, jln2 tgk garden org kat bkt jelutong ni.. cantik2 sgt..

**Zoo Negara tak berapa best la kan.. animal tak byk.. tp sebab dah trademark.. utk budak2 sekolah asal nak tgk animal.. mesti zoo negara.. A'ar la.. anak dara gee tu, kuat merajuk. Ponek den kadang tu ..

Kak Zu, sorry panjang pulak input saya kali ni.. minat sgt kalau bercerita tentang menghias.
Sat 15-Nov-2008 15:14
Posted by:gee.harun  - [Link]
beruntung dpt kesana ... jeles Sat 15-Nov-2008 20:24
Posted by:FarEast  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Monday, 10-Nov-2008 08:06 Email | Share | | Bookmark
PAINTING MY DREAM WITH COLOURS

pagar buruk kecik kat vienna yg mama suka
sofa panjang merah menyala yang cantik
beautiful wrought iron grille in vienna
View all 4 photos...
Entry ni khas untuk mama dan sesiapa yang berkongsi minat interior design dengan mama.Susah sangat nak upload gambar kat FP ni..setakat mama menulis ni..cuma 2 gambar yang masuk..kalau boleh masuk lagi nanti tambah lagi

Papa and mama now sedang melakar impian membina tempat yang boleh dipanggil "home sweet home" for Tia and Mia..memang dari dulu mama mengimpikan sebuah tempat tinggal yang 'warm,friendly" ..mama suka setiap sudut connected with outdoor, mama tak suka tempat yang luas sangat,suka place with warm nooks and corners, suka outdoor dining yang luas sebab mama suka alfresco dining.Mama suka 'fireplace" walaupun tak sesuai kat m'sia ni, suka mexican tiles, suka french cottage kitchen, suka antique terracotta..mama suka tangga garden yang besar yang menghubungkan dapur dan garden..tangga tu mesti luas boleh duduk dan atur potted plant di setiap anak tangga.Mama suka pot putih yang besar boleh tanam ivy didalamnya. Mama nak dapur yang boleh breakfast kat"diners corner"..suka ada laundry area yang khas boleh atur rattan basket kat atas rak dan maid boleh buat ironing di laundry area..mama suka sambil breakfast boleh tengok garden di luar. Mama nak buat outdoor dining yang boleh buat b b q dan lepak2 kat situ..mama nak satu meja kayu yang old and huge kat outdoor dining tu..yang boleh letak bunga liar dalam vase.. bila nak formal dining mama boleh hampar red and white chequered kat ats meja..letak toast dalam basket dan fruits..tia and mia boleh duduk tunggu mama bakar pizza kat outdoor oven..papa boleh fiddle dengan pc kat dapur..while waiting for mama to brew his coffee..uwan boleh duduk kat rocking chair putih bila hujan mengadap fireplace sambil tunggu mama bakar jagung..wahh besar betul cita2..hmm..harapan mama biar jadi kenyataan.

So sebab minat terhadap id yang mendalam..mama ada beratus magazines tiap malam baca bila travel pulak papa penat mama suruh ambik gambar grille la,pintu la,tingkap la,garden bench la..mama suka tengok semua tu. So kat entry ni mama letak few gambar berkenaan yang mama berkenan..ada dari Vienna,venice ,Rome,Florence and London..itupun kalau dapat upload ler
kalau one day mama dah tak payah kerja office ni, mama nak pursue lah minat ni..mama nak share tips and experience on how to decorate your kitchen without spending too much..how to prepare good and hearty breakfast for working mum in the morning, how to update your wardbrobe by changing only one item..how to enjoy weekend without spending too much.. hmm best kalau dapat buat program macam tu.. and oneday mama nak relax by the beach with 2 curly girls running in white dress and straw hats while mama sit with paint and brush in front of canvas..one day mama wish..we can walk hand in hand at all the places yang mama dan papa dah pernah pergi. But for now, one thing yang mama really look forward to is to cramp together on a sofa with all holding mugs of hot chocolate and cover our feets with blanket..we hug, we kiss, we tumble, we tickle and we laugh..then mama reads.."Goldilocks and the 3 bears" Bestkan


yes azu..u shud pursue the dream..part time pn bleh apa..ehehe..money not mportant rite..kepuasan tu yg no 1..

ehem..tggu ye tk lma lg smpi cd..naty framekan besar² k..hehe sory fr the delayed ye dear

Our newest entry, Shima's & Eyna's Family Potraiture & Birthday Party
http://beautkids.fotopages.com
http://www.beautkids.com
Wed 12-Nov-2008 12:43
Posted by:Linda+Ghaz the Man  - [Link]
yes azu..u shud pursue the dream..part time pn bleh apa..ehehe..money not mportant rite..kepuasan tu yg no 1..

ehem..tggu ye tk lma lg smpi cd..naty framekan besar² k..hehe sory fr the delayed ye dear

Our newest entry, Shima's & Eyna's Family Potraiture & Birthday Party
http://beautkids.fotopages.com
http://www.beautkids.com
Wed 12-Nov-2008 12:43
Posted by:Linda+Ghaz the Man  - [Link]
kak zu...sokong ur interest. buat program/buku ala2 martha steward gitu..
penerangan yg terperinci as usual. boleh visualised kan terus..hehe
tia n mia beruntung sungguh dpt mama yg versatile nih
Tue 18-Nov-2008 07:05
Posted by:liyana~umi Danish & Batrisyia~  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Wednesday, 5-Nov-2008 01:48 Email | Share | | Bookmark
FABULOUS WEEKEND.

mama,me..peekabooo
yeyyy..poppa and me..
tia enjoying herself
View all 15 photos...
The Park Story.

We had a fabulous and wonderful weekend last week..not much money spent but it was moment fulled with joy and love.Dah lama dah mama and papa tak bawak Tia and Mia pergi their favourite park in Kelana Jaya, since before puasa..so last saturday morning we took both there but before that we stopped at MC D, bought Pancakes set for the girls,big breakfast for papa and porridge for uwan. Both love the pancakes with butter and syrup. Sampai jer at the park both girls pun hidupkan engine and start lah roaming a round and round and round..non stop, not even a minute..mama tak jadi la nak jogging..sebab peluh pun dah meleleh sebaldi kejar dia..banyaknya energy..they are very active, full with laughter,joy and happiness. .

The Shichida Story.

4pm..we get the girls ready to Shichida Class..both were excited and can't wait to go into the car. sampai class dah tepat pukul 4.10 so kita proceed masuk dalam class..this week both were very very active..mulut and badan sama tak berhenti..as usual class start with greeting,hugging mama,papa and shake hand with Teacher. Both dah pandai buat'catching the good energy'.This week they belajar foreign languages through song i.e mandarin and spanish..both responded very well to the esp games too and boleh teka most of the games correct. The funny part bila teacher played a new song called "Goodnite" ..before teacher can say 'do not fall asleep" both dah pretend tidur kat atas meja..meaning they understand the words "goodnite'="sleeping"..bila habis lagu both bangun and ketawa.. .The ESP games taught by the class is really good, the teacher will show to the children a picture, chidren would have to look at it quickly..teacher will say "cik cak" meaning..taking photo..so that the children can register the image in their mind..after that teacher will bring out two pictures which are very similar to each other and bring to each child,then ask them to point out which picture was shown earlier..it amazes mama because children will think a minute and point to one of the picture.. sometime they got it right sometimes wrong..but the most important thing is : they understand the instructions and what is going on. The method practised in Shichida Class was practised by the Japanese Pilot long,long time ago during the WAR when they can't see much while flying the jet and they had to use their telegarphic memory and their sixth sense in making decision.Shichida has different method in teaching the children to count,read etc..sebab semua class kat Shichida are small i.e only 5 or 6 children are allowed in one class-the teacher can really follow the children progress, made individual report every week and will grant the children with reward stamp if they did well or at least paid attention in the class.Tia as uasual always looking forward to "Giant Abacus' session- counting with giant abacus, while Mia always enjoyed the songs..siap buat head banging lagi. .There are 5 children in the Class- apart from Tia and Mia, they are Ethan,Henry and Iyut,Ethan is a very smart boy at the age of 1 year plus, he can point correctly to each pictures and when the teacher asked him to guess number beyond the card by showing him pictures of number 2 and 3, instead of pointing to the numbers he showed the teacher his 3 fingers.

There are many excellent achievers at Shichida but our aim is not to put our children under pressure to excel- we just want them to be exposed and have fun- the most important is we want them to have a balance education- good muslimah is the ultimate goal.INSYAALLAH.

Lepas habis class mama and papa pun bawak the two main2 kejap kat complex tu..by the time masuk kereta both really dah penat and terus tidur..sampai rumah pulak mama and papa put them inside and relax at the garden..wollaping laksa..penat and hungry la.

That's the story for this week.See ya in the next entry.




OH RUPENYER DA PIndah kat cni....!!
wow.. how fast tia & mia da besar.. da g school lak eh !!
nice tht they r enjoying Shichida.. good for their growth & development ya !!
Sat 8-Nov-2008 03:36
Posted by:Sofea SHah  - [Link]
penuh terus weekend si kecik nie Sat 8-Nov-2008 04:55
Posted by:FarEast  - [Link]
tia & mia dah masuk class ...wahhh bestnyer dgr the twin enjoy the class yek.. Mon 10-Nov-2008 01:44
Posted by:ina ~ ibu Aiman + Arissa  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Friday, 31-Oct-2008 07:17 Email | Share | | Bookmark
DIDESA KASIHKU TERTUMPAH,SICHIDA CLASS & MAKAN@ AFTER RAYA

raya with momma at kampung
alangkah indah kampung mama ku..sampai dengar dj dave nyanyi ni.
cewahhh..dah dapat car key nak gi drive ni..
View all 24 photos...
DI DESA KASIHKU TERTUMPAH

Lama sangat tak update..maka banyak ler citer..walaupun raya dah sebulan dan habis pun dah syawal,mama tetap la nak letak a few gambar raya kat sini sebagai kenangan.Raya kat kampung memang indah,macam lagu DJ dave tu la' di desa kasih ku tertumpah"..hee..hee.Tia an Mia pulak really enjoy raya ni..suka dia orang macam2 activiti..tengok pelita,tengok ketupat,main bunga api,lari kat laman,main dgn kucing maklang nama "blue"..tak cukup tu mama beli 2 ekor anak ayam kat dia orang kat pasar...geram sungguh dia orang tengok jer terus cakap'eeeee..eee...".

Raya mama dan papa sungguh manis dan indah..semua orang pun happy..semua ada kat kampung pakcik and family,kak intan and hazril,kak ikin and abang din,paktih pulak balik raya pertama..papa rasa seronok tengok dua anak dara kecik first time pakai baju kurung dan balik dari masjid dah orang tunggu papa..best kan papa. Macam2 activiti kita orang buat..jenjalan kat park,jalan kat kampung, shopping2 etc.Makanan banyak betul..non stop makan..nasib baik le muat kebaya mama ni.Raya kita orang buat laksa johor,lontong, kuah lodeh dan kacang,ketupat dan rendang daging,lemang and rendang ayam pulak kita orang tempah kat sedara uwan sebelah rumah jerr. Lepas seminggu duduk kampung,lepas menggemukkan badan kita orang pun balik KL sebab on the 4th of October tu Tia and Mia dah start Sichida Class.

How's The Shichida Class.

It was great..mama and papa really happy we took the decision to enroll both..first class, they were quite shy but second, third and this week coming to the 4th class they were doing great.Tia and Mia had fun in the class, the Sensei (Teacher) Miss Yaya is really sweet and nice..she loves both Tia and Mia. The Class will start with greeting each other, checking the weather, catching the good energy and get rid of bad energy..selain nyanyi,counting,flash cards, dia orang belajar daily chores through games liking hanging clothes,shopping- the method is really good, for example, like shopping ,sensei will tell the 5 kids in the class (they are all below 18months) that today they will be helping mummy and daddy shopping, so sensei will give few fake coins to the kids and after that a basket full with plastic fruits and veges will be offered to the kids, each item they take they got to pay and if they take many in the beginning they will left with no money to buy for the second round.Shichida also teach kids to use their 6 senses, Mia favourite part is the game while Tia's is counting with giant Abacus.As parent we do not expect our children to be genius, we just want them to be exposed, have fun and grow up like any other children, we hope that we can give them proper and balance education as we do not want them to be excel in school education only but also as muslimah and hamba to ALLAH SBT.So after the first class we gave both a treat at pizza Uno, unfortunately there's no pictures in the classroom as we are not allowed to snap pictures.

MAKAN2 AFTER RAYA

Since raya sampai la after raya makan2 non stop..tak tau la bila nak berenti..tido jer berenti..open house kat mana2.. sampai satu pagi bila mama naik kat weight scale kat dalam bilik..mama menjerit panik tengok naik banyak sangat sampai 4 kilo..macam mana ni..takkan la..nak puasa berapa lama ni baru nak turun..panikkkkkkk nya..tolonggggggg..haaaaaa..haaaaaaa..nasib baik belek2 scale tu tengok2 rupanya anak2 mama dah pusing meter tu kedepan so jarum dah start dengan 4 kg..so...hmmmm.urut nafas lega ..boleh makan lagi..kihhh..kihhhh..

Mama buat la makan sikit kat rumah jemput bebudak kat department datang makan plus few friends plus mama punya favourite nieces lerr sapa lagi bebudak kuat makan tu ler ikin,nur and ayan..mama panggil dia orang datang lunch..so mama pun masak- ayam masak lemak cili padi, sambal sotong petai, daging black pepper, sup cendawan dan tahu,sambal belacan, tempoyak and ulam2 dah tu dessert pulak creamy cocktails.seronok tengok kenkawan makan hasil masakan, harap2 panjang umur tahun depan boleh buat lagi.

Kat office pulak as usual, every year ada la sambutan raya for staffs and clients, dan mesti ada pertandingan gerai tercantik,baju tercantik etc. Department mama selalunya tak pernah menang yelah susah la nak compete dengan department lain yang besar dan banyak budget macam marketing, programs, news dan station2 yang lain..legal,secretarial ni kan kecik jerr..kita pun bukan ada sponsor sebab kita bukan macam marketing. So this time bila kena suruh pilih menu untuk gerai mama pun suruh la bebudak ni pilih dessert jerr..senang nak order cup cakes jer..mama pun came up with idea nak buat tema omputih,...semua english sebab beraya di perantauan..justification mama sebab kita bukan beraya di malaysia saja, kita beraya di mana saja langit di junjung dan beraya tak semestinya ada lemang dan rendang..apa saja rezki yang ada kita makan..beraya terletak di hati.. itulah yang mama citer kat profesional judges bila dia orang datang melawat gerai..menjadi jugak..dalam berpuluh gerai yang gah..ada sponsor yang besar etc..we all dapat no 3..dapat RM1000..tahniah pada semua staff yang bertungkus lumus buat persiapan, sporting sungguh dia orang,walaupun tak der budget besar we all bawak barang semua dari rumah..sampai ada yang bawak machine jahit utk menjahit, ada yang tak tidur malam buat bunga, macam nak kenduri kawin anak dara.. tapi yang best disebaliknya ialah semangat kerja sama, melahirkan kasih sayang dan mengeratkan persahabatan..terima kasih dan syabas pada amal,mimie,roza,bie,saripah,baizurah,niza,fiza,enes,zhariif,jessica,siti sarah dan ijat..you all mebeles..tahun depan we come with a more brilliant idea so that we can be a .champion..hee..heee..

Ok lah panjang lak citer..nanti sambung lagi

RE:WAAAAAAA DAH PINDAH UMAH UPANYER..TAK BAGITAU PUN...

AMBOI MERIAHNYER RAYA....
Tue 4-Nov-2008 09:01
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
PESAL PINDAH KAK??

UMAH LAME TU TAK SERASI KE?? BANYAK ANTU EK

WAKAAKAAKA!! PATOT LAH MASUK2 SANE DEN BAGI SALAM

TAKDO ORANG JAWAB..UPO EH AKAK PINDAH TONGAH MALAM

WAKAKAKAAA

NAMPAK EH KONO DEN TUKOR ADD LINK FP AKAK NIH

MOHAHAHAHA
Tue 4-Nov-2008 13:46
Posted by:FAZARINA(rinna)  - [Link]
salams kak zu..
aiy..lamanya tak masuk 'dunia fp' ni...fp sendiri pon dah bersawang2. nak ronda2 kat fp kengkawan pon tak sempat.
nice piccas, great story...i loike
tomeinye 2 budak tecit tu pakai baju kurung..
pst: kak zu, nnt nak tanya in detail pasal sichida class yer..i'll email.tq
Tue 18-Nov-2008 04:04
Posted by:liyana~umi Danish & Batrisyia~  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Wednesday, 29-Oct-2008 09:46 Email | Share | | Bookmark
30 TAHUN BERTAPA....

my girls by beautkids
my mia
my Tia
View all 4 photos...
Haaaaa... assalamualaikum semua..lamanya kita bertapa..banyak cerita, banyak gambo,banyak jenaka..tuan puteri pucuk kelumpang pun now dah jadi tuan puteri pucuk ubi cicah budu.. ..masalah2 teknikal la tak boleh upload gambar ni..petang ni try2 sikit lepas pulak..tu pun 4 keping gambar jer..we have 400 ok..but we are glad the 4 wonderful fotos taken by the lovely auntie linda from beautkids finally ada kat fp mama ni...mama can't wait to see the cD from auntie linda.. and tengok more fotos and action.Both auntie linda and hubby are great photographers..both of you easily warmed up with them..mama rasa lega..it was a great session and mama is happy with the result.

Citer raya pulak memang banyak..nanti if situation permits mama akan upload banyak gambar lagi..lepas raya so banyak citer..open house every where. dah tu the biggest open house kat office mama ni la.This year gerai kita orang menang RM1000K tau..pinggan mangkuk and concept from mama :beraya di perantauan@London"..gumbira pi ambik cheque..alamak banyak citer lagi la..jam pulak dah pukul 6.10 pm both of you mesti dah tunggu mama kat pintu rumah..so mama kena say byebye dulu to this entry..esok sambung lagikalau ada masa.

To all the fp readers yang tinggal comments kat fp mama and jugak kak ikin..Thanks so muchhhhh rindu kiter yekk..kita sayang you all..muarrghhhhhhh

huh lama gak bertapa ek.... .
amboi..........tenit2 tu dah pandai bergaya la... he...he.. ikut sapa la tu.... . 4 keping dari 400 ??? mana cukup... upload la banyak skit tapi rasanya sekarang ni FP teruk betul. . Gambar mia kat bunga2 tu cantik betul....
Fri 31-Oct-2008 04:55
Posted by:yatie  - [Link]
huh lama gak bertapa ek.... .
amboi..........tenit2 tu dah pandai bergaya la... he...he.. ikut sapa la tu.... . 4 keping dari 400 ??? mana cukup... upload la banyak skit tapi rasanya sekarang ni FP teruk betul. . Gambar mia kat bunga2 tu cantik betul....
Fri 31-Oct-2008 04:55
Posted by:yatie  - [Link]
ingatkn betul2 kena kidnap ngan alien dah
mmg pro photog dah hasil snap ni... leh masuk majalah... hebat ler
Mon 3-Nov-2008 10:49
Posted by:faried  - [Link]
View all 10 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.